Apakah Maksud Pasif Income

Apakah maksud pendapatan pasif dan apa pula maksud pendapatan aktif?
Pendapatan aktif adalah pendapatan yang diperoleh setelah kita selesai atau cukup tempoh satu-satu pekerjaan yang kita lakukan. Seperti makan gaji. Cukup sebulan, kita akan dibayar gaji.
Pendapatan aktif ini bergantung kepada kudrat semata-mata. Kita bekerja, maka adalah pendapatan. Tidak bekerja tiadalah pendapatan.


Pendapatan pasif pula adalah pendapatan yang terhasil bukan daripada kudrat kita semata-mata, tetapi kepada produktiviti satu satu produk atau pelaburan yang telah kita lakukan pada sebelum sebelumnya yang mana pendapatan pasif ini pada satu saat kita sudah tidak mampu bekerja, kita tetap akan mendapatan hasil daripadanya.

Contoh pendapatan pasif adalah dengan membeli aset seperti rumah. Dengan rumah, ianya akan memberikan anda pendapatan pasif setiap bulan sekiranya rumah itu disewakan kepada orang lain.

Tetapi tidak semua orang mampu untuk membeli serta memiliki rumah. Jika ada, cuma itulah satu-satunya rumah yang mampu dimiliki dan sudah tentulah rumah itu menjadi kediaman mereka.

Kebiasannya pendapatan pasif berasaskan aset seperti rumah hanya mampu dimiliki oleh orang-orang yang berada.

Pendapatan pasif berasaskan produktiviti produk.
Pernah anda lihat mesin dobi automatik?
Atau mesin air mineral di tepi-tepi jalan atau di hadapan kedai-kedai runcit?
Itu juga salah satu pendapatan pasif yang mana kita tidak memerlukan tenaga yang banyak atau tidak perlu bekerja untuk mendapatakan hasil daripada mesin-mesin tersebut.
Tetapi modal untuk memulakan perniagaan 'self-selvice' ni bukan kecil juga. Cecah ribu ringgit.

Mudah kata, pendapatan pasif ini tidak memerlukan kita bekerja untuknya untuk mendapatkan pendapatan atau hasil.